Sejak kebelakangan ini dalam LinkedIn ada post untuk movement ini. Dalam pengetahuan saya dalam industri Interior Design ramai yang bagi Free Design untuk dapatkan projek-projek untuk buat 3D drawing ataupun Sketchup pada awal tahap tanpa mendapat apa-apa jua bayaran dari pelanggan mereka. Ramai kawan -kawan saya dalam industri ini sering menghadapi masalah-masalah seperti tidak boleh mendapat bayaran dari customer. Saya pasti yang ramai juga customer-customer yang mengkatakan bahawa Interior Designer ini watak yang tidak penting. Dulu saya berkerja dalam industri ini sebaagai Business Development atau pun dikenali sebagai Sales. Disini adalah cerita saya sebagai Sales Manager dalam reka bentuk/ ubahsuai Designer. Selama 7tahun saya berkerjasama dengan designer, saya dapat tahu yang designer-designer ini sebenarnye berkerja keras untuk buat satu view 3D tetapi masa dan tenaga mereka tidak dihargai seperti professional yang lain.